BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 2 July 2011

Kes Buli Di Kalangan Pelajar

Benda sudah pun terjadi. Seorang lagi pelapis negara “gugur” sebelum berjuang apabila dibunuh rakan seperjuangan sendiri. Berteriak pun tiada gunanya. Yang perlunya sekarang, apa langkah-langkah yang telah dibuat sebelum ini dan akan datang bagi membanteras kes buli sampai mati ini? Kes buli di sekolah dikalangan pelajar-pelajar sudah lama dah. Yang lebih tepatnya kes buli pelajar senior vs pelajar junior. Biasanya sekolah yang mengandungi pelajar asrama daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 sangat-sangat ketara kes bulinya disebabkan jurang usia…..berbanding sekolah berasrama yang yang mengandungi tingkat 4 dan tingkatan 5 sahaja. Kes buli juga lebih kuat dan keras bagi sekolah berasrama yang mengandungi pelajar lelaki semata….
Keluarga hantar anak untuk menuntut ilmu tetapi kematian yang mereka terima. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham
Makin lama makin bertambah teruk dan serius kes buli di sekolah dikalangan pelajar-pelajar. Kalau dahulu “ragging di sekolah” lebih bersifat untuk menanam perasaan hormat dan memupuk semangat silaturahim antara pelajar senior dan junior. Tetapi sekarang, masing-masing mahu tunjukkan kekuasaan mereka dan menanam perasan takut antara pelajar senior dengan pelajar junior. Tapi berani-berani budak-budak sekarang ini pun mesti secara berkumpulan, seorang-seorang tak berani punya…..

0 comments: