BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 2 July 2011

Nasihat Atau Bercouple Di Kalangan Pelajar

"Kami tidak berzina! Saya tak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina."Kami hanya berbual-bual,berbincang, bertanya khabar,minum-minum.Adakah itu menghampiri zina?  Ya,perbuatan ini menjerumus berlakunya zina."Kami dapat mengawal perasaan dan tidak berniat  ke arah itu. Hari ini, ya. Esok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Iblis dan syaitan  akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapa kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasullullah : "Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan" (Imam Tabrani).

Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis. "Tak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS saja. Tak pernah bertemu pun!

Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora.Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti, malah ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan?

Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan yang membawa kepada penzinaan. Tiadakah ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia.Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam tidak datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Islam tidak memerintahkan umatnya membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami.

Jangan nafikan naluri ini. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Tetapi, tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia.

"Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah?
Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta ber'couple' begini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang  diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung.Bagaimana kesudahannya?

Masih ramai orang yang bercinta tapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Manusia bisa kecundang. Masihkan ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ya, masih ada orang yang suci dalam debu.Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: "Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina), Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar" (Al-Ahzab:35, al Quranul Karim).

Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang.Bertaubatlah dengan taubat nasuha.Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya. Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak kemana. Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang kepintu-Mu mencari redha-Mu

0 comments: